
Bismillahirrahmanirrahim...
Islam ialah agama yang sempurna,bukan saja memberi penekanan kepada aspek ibadat dan spiritual untuk mendapat kesejahteraan di akhirat,tetapi juga menganjur umatnya bekerja kuat supaya tidak ketinggalan dalam dimensi duniawi..
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian-bahagianmu(keperluan dan bekalanmu)daripada dunia."(al-Qasas:77)
Jika diteliti maksud ayat terbabit ,ia menerangkan anjuran mencari kekayaan bagi umat islam dan apabila memperolehinya dibelanjakan pula dengan sebaik mungkin,sama ada untuk keperluan dan keselesaan hidup di dunia ATAU MENEBUS KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT,Namun sesetengahnya tidak menyedari perkara ini,malah beranggapan kekayaan hanya boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya terhadap agama.Tanggapan sedemikian tidak selalunya benar kerana kemiskinan juga mungkin akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kekufuran dan menyalahkan takdir atas kesusahan yang menimpa mereka.
Dalam satu hadis diriwayatkan Anas bin Malik r.a,Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Hampir kemiskinan itu membawa kekufuran.."Malah Baginda pernah berdoa ."Ya Allah ,aku berlindung denganMU daripada kekufuran,KEFAKIRAN dan azab kubur.."
Sekiranya difahami dengan sebaik-baiknya,islam tidak memusuhi kekayaan,malah menggalakkan umatnya mencari kekayaan,cuma ia perlu diuruskan dengan bijak,jangan dibelenggu sifat tamak,dengki dan jangan lupa diri dengan timbunan harta.Jadi BAGAIMANA NAK MENGUMPUL HARTA?Sememangnya ia tidak semudah dikata,malah mereka yang ingin mempunyai harta perlu mengetahui setiap langkah yang bakal diambil untuk mencapai cita-cita terbabit.
1)Bermula dengan keinginan tinggi untuk menjadi kaya ,ia seharusnya disusuli dengan rangka perancangan yang jelas supaya dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan dan terus memberikan fokus dan melaksanakan perancangan berkenaan.
2)Setiap langkah yang diambil harus relevan dengan cita-cita yang mahu digapai
3)mempunyai matlamat yang realistik,menguasai ilmu berkaitan,bersedia menghadapi cabaran yang bakal dihadapi dari segenap sudut,berfikiran positif ,tidak malas,menguasai lapangan komunikasi dan pengucapan awam(public speaking) dengan baik serta menambah rangkaian kenalan (network).
4)kemahiran berkomunikasi secara berkesan membolehkan kita berurusan kepada yang berminat dengan lebih tepat dan mengelakkan salah faham.
5)Meramaikan kenalan pula pula secara tidak langsung dapat melancarkan usaha yang kita lakukan kerana menurut kajian ,85% daripada kejayaan dalam perniagaan adalah hasil daripada pertolongan orang disekeliling kita.Ia menggambarkan betapa pentingnya meramaikan kenalan dalam urusan perniagaan.
6)Seterusnya,untuk berjaya seseorang itu perlulah mempunyai fikiran berorientasikan perniagaan(business minded).
7)Setiap perkara yang dilakukan hendaklah berbaloi dengan kos,masa serta usaha yang dikorbankan.Tetapi sebagai orang muslim,urusan terbabit tidak seharusnya dilakukan sehingga tersasar dari batasan agama seperti riba,rasuah dan perniagaan yg tidak jelas.
8)Islam menggalakkan umatnya mencontohi sikap serta usaha yang dilakukan oleh mereka yang sudah berjaya .Ini kerana kejayaan orang lain sebanarnya adalah perentas jalan kepada merekan yang baru berjinak-jinak dalam meniti kejayaan.Idea asas kejayaan mereka bolehlah diadaptasikan dalam perancangan kita.
Anda Pernah Dengar Tentang Jutawan seperti:
Dr. Irfan Khairi,Azizi Ali Dan Yang Seangkatan Dengan Mereka?
BONGKAR RAHSIA SEBENAR KEJAYAAN MEREKA.SECEBIS KATA2 HIKMAH JUTAWAN YANG TELAH BERJAYA
"Kini ada lebih 1 Billion pengguna internet di dunia.
Di Malaysia sahaja, ada lebih 10 Juta pengguna internet! Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan internet,
sekarang adalah masanya!"
Dr. Irfan Khairi ( Jutawan Internet M'sia )